Wednesday, January 18, 2017

HOMESCHOOLING



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekarang cuba mencari ilmu untuk homeschooling anak...perlukan panduan daripada sahabat-sahabat yang lebih arif...nota ini saya petih dari blog Puan Azeni Ahmad untuk mencuba..tq puan..



Puan Azeni Ahmad,

Untuk ber homeschooling, ibu bapa perlu banyak membaca samada secara online ataupun melalui buku.

Silibus untuk diajarkan kepada anak-anak untuk homeschooling meliputi banyak perkara. Mungkin boleh ikut silibus kurikulum seperti di sekolah cuma cara pembelajaran adalah lebih santai.

Belajar lebih santai bukan bermaksud belajar sambil lewa. Tetapi ingin diterapkan persekitaran yang tidak menekan ataupun rasa stress sahaja. Selalu nampak buku-buku je ataupun kertas peperiksaan sahaja kan.

Alam sekeliling boleh menjadi kelas ataupun bilik darjah mereka. Malah alam juga adalah guru terbaik untuk kita belajar kan.

Untuk memudahkan kaedah dan aktiviti homeschool, banyak rujukan boleh dilakukan dan dijadikan panduan yang bersesuaian dengan cara anak-anak kita.

Ramai juga blogger di Malaysia berkongsi tentang aktiviti mereka dan untuk lebih pelbagai, boleh rujuk blogger luar negara terutamanya di US, UK dan Autralia.

Cuma ibu bapa sahaja kena rajin membaca. Hehehe. 


Antara sumber rujukan untuk homeschooling
Untuk rujukan blogger di Malaysia untuk homeschooling antaranya adalah:

1. Seorang ibu suri rumah dan terkenal dengan cara parentingnya iaitu Puan Adli Rajiah.

Banyak yang dikongsikan cara beliau mendidik anaknya di rumah. Anda boleh lihat di http://saatakukaupilih.blogspot.com

2. Homeschooler tegar sejak tahun 2009 di Langkawi. Boleh dikatakan blog beliau hampir sepenuh menceritakan tentang aktiviti homeschooling anak-anak.

Dan anak-anak beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading walaupun homeschooling.

Boleh baca di http://hafidzyoungscientist.blogspot.com

Anda juga boleh rujuk di homeschool di luar negara. Cara mereka susun, membuat jadual mengikut kesesuian umur dan sebagainya. 


Friday, January 13, 2017

IQ dan EQ yang mana lebih diperlukan?

Entri #12: IQ dan EQ yang mana lebih diperlukan?
Agen: Noor Azila Khalid
Sumber: Artikel ini disalin daripada page Dato' Maznah Hamid 
Foto: Google Images

Kecerdasan emosi (EQ) lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. Kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi (EQ) juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek.


Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia.


Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini.


Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi (EQ) penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pekerja dan sebagainya.


Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik.

 
Dengan adanya kecerdasan emosi seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.


Kajian menunjukkan bahawa kepintaran intelek hanya boleh membantu sebanyak 20% untuk kita berjaya dalam hidup manakala selebihnya (80%) dibantu oleh kepintaran emosi

Perkembangan Kanak-kanak 0-5 Tahun

Entri #11 : Perkembangan kanak-kanak 0-5 tahun.
Sumber: https://seehearplaytalk.wordpress.com

Terdapat pelbagai jenis perkembangan yang mempengaruhi domain kemahiran seseorang kanak-kanak pada umur 0 hingga 5 tahun.

 
Kebiasaanya, ianya digabungkan di dalam satu carta perkembangan kanak-kanak (0-5 tahun) secara menyeluruh. Namun, terdapat beberapa domain kemahiran spesifik yang perlu diketahui oleh ibubapa.Antaranya adalah:
  • Perkembangan oral motor, penelanan dan pemakanan
  • Perkembangan kemahiran mendengar (daya tumpuan dan tumpuan mendengar)
  • Perkembangan pertuturan (bunyi)
  • Perkembangan bahasa (reseptif dan ekspresif)
  • Perkembangan sosial komunikasi dan emosi
  • Perkembangan kemahiran bermain
  • Perkembangan sensori dan regulasi badan
  • Perkembangan kognitif
  • Perkembangan kemahiran motor kasar
  • Perkembangan kemahiran motor halus
  • Perkembangan pengurusan diri (ADL)
  • Perkembangan kemahiran pra-literasi
  • Perkembangan kemahiran literasi
  • Perkembangan pertumbuhan & kematangan fizikal

Di bawah adalah salah satu contoh carta perkembangan kanak-kanak.



Kesemua perkembangan di atas perlu bergerak seiring mengikuti perkembangan normal (umur 0-5 tahun) seseorang kanak-kanak. Jika salah satu domain kemahiran bagi sesorang kanak-kanak itu lewat, ianya mungkin akan mempengaruhi domain kemahiran yang lain.

Contohnya: 

Jika anak mempunyai perkembangan pertuturan yang lambat, anak juga mungkin mempunyai masalah kemahiran sosial komunikasi, pra-literasi atau literasi.

  • Anak yang mempunyai masalah bahasa boleh mempengaruhi kemahiran sosial komunikasi dan literasi.
  • Anak yang lambat perkembangan motor kasar akan mempengaruhi perkembangan motor halus
  • Anak yang lambat perkembangan sensori boleh mempengaruhi daya tumpuan, perkembangan bahasa, pertuturan, kemahiran bermain, motor kasar atau halus, kemahiran literasi.
  • Anak yang mempunyai lewat perkembangan oral motor, penelanan atau pemakanan mungkin mempunyai masalah pertuturan, bahasa, sensori dan sebagainya.

Take Note: Ibubapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak mengikuti perkembangan yang normal bagi setiap domain kemahiran. Bila kita kenal tahap perkembangan anak, lebih senang kita hendak mendidik anak mengikut tahap dan kesediaan mereka =)

Jika ibubapa dapat mengesan berlakunya lewat perkembangan pada domain kemahiran yang disenaraikan di atas, ibubapa boleh terus merujuk pakar perkembangan kanak-kanak dan terapis yang berkaitan. Jangan tunggu dengan lebih lama!

Pakar perkembangan kanak-kanak dan juga terapis akan menilai dengan lebih lanjut, agar domain kemahiran yang bermasalah dapat dikenal pasti dengan lebih terperinci. Ini membolehkan intervensi awal berjalan dengan lebih tepat dan cepat.

Thursday, January 12, 2017

FENOMENA BARU UTK IBU2 DI MALAYSIA !

Entri #10: G-Star BioKare Kunyah Kunyah Sihat.
Agen: Noor Azila Khalid
Foto : G-star HQ






KELEBIHAN TABLET G-STAR BIOKARE
 
*(✔)BERKESAN MERAWAT RESDUNG.* Gabungan Vitamin C dan Probiotik di dalam satu tablet berkesan utk memulih dan meningkat daya tahan anak.



*(✔)100% HERBA bukan UBAT.* Tak ada bahan terlarang di dalam tablet G-Star Biokare ini. jadi anda tak perlu risau tentang side effect.

*(✔)LULUS KKM. Kategori Bukan Ubat. No Siri Permohonan KKM : 260416/04/109. Boleh cek.



*(✔)PRODUK MUSLIM. Dikilangkan dari kilang bertaraf GMP dan Muslim. Anda boleh yakini kehalalan dan kebersihan produk kami

*(✔)TABLET DWI PERISA PERTAMA DI MALAYSIA. Perisa double layer OREN dan VANILLA yang sangat sedap!



*(✔)SUPPLEMENT HARIAN ANAK-ANAK. Lebih senang untuk ibu bapa memberikan TABLET BIOKARE berbanding minum ubat batuk atau ubat selesema. Tiada kesan mengantuk mahupun kesan berbahaya terhadap kanak-kanak kerana ianya semulajadi..

*(✔)IMUNITI BADAN LEBIH KUAT. Bahan2 yg terkandung di dlm G-Star Biokare bukan shj merawat penyakit malah ianya juga bertindak sebagai perisai badan utk mengelakkan badan dari dijangkiti penyakit2.

*(✔)SESUAI UTK SEISI KELUARGA. G-Star Biokare boleh digunakan seawal anak blh kunyah gula2 sehingga warga emas


*(✔)MENGANDUNGI BAHAN MAKANAN SUNNAH DAN HERBA TERBAIK. Kurma, Delima, Madu, Taurine, l-lysine, DHA, Saffron, Bacopa, Ginkgo, Vitamin, Mineral. Vitamin C, Manna, Probiotik, Moringa.


*(✔)SENANG DIBAWA. Ibu2 kini boleh simpan botol dlm handbag yg mudah dibawa kemana2. nak travel naik flight pun lepas.

*(✔)HARGA MURAH. tidak ada lagi vitamin tablet vitamin C dan probiotik pd harga yg kami tawarkan. tak perlu lagi beli produk berasingan. dptkan segala manfaat di dlm 1 botol G-Star Biokare.


*💥 FOKUS UTAMA TABLET G-STAR BIOKARE💥*

💫Benteng kekebalan terhadap penyakit ketika sihat

💫Keupayaan daya tahan dan melawan penyakit ketika diserang penyakit

💫Keupayaan mencegah penyakit berjangkit (penyakit viral)

💫Menyeimbangkan keperluan diet harian anak anda

💫Mengekalkan mikrobiota (bakteria baik) didalam tubuh

💫Membantu menenangkan stress dan bimbang kanak-kanak


Hubungi saya: 
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila)



Tuesday, January 3, 2017

PROMOSI YES (1Dec-15Jan2017)


Entri #9 : Promosi 
Agen: Noor Azila Khalid
Foto: G-star Hq



PROMOSI HEBAT!



Hubungi kami: Noor Azila 
Sms/Whatsapp - 010-8659086
  Email - pn.noorazila@gmail.com









Cara Pemakanan Rasulullah.



Entri #8: Cara pemakanan Rasulullah SAW
Teks: Noor Azila Khalid
Foto: Google Image
Rujukan: Buku Resepi Pemakanan Rasulullah s.a.w


Assalammualaikum...

Ada sesetengah artikel, tips dan perbincangan mengenai cara pemakanan Rasulullah s.a.w yang tiada kesahihan dan dalil yang kuat mengenainya. Maka artikel-artikel itu masih dalam keraguan. Tetapi jika ada antaranya yang difikirkan logik dan terdapat kajian yang baik mengenainya, maka untuk mengelakkan kemudaratan pada diri maka ia boleh diambil sebagai ikutan. Antaranya jangan minum susu bersama ikan, daging atau ayam.


Antara beberapa info tentang diet pemakanan Rasulluh s.a.w.


1. Baca bismillah dan berdoa sebelum dan setelah makan.

Daripada Umayyah bin Makhsyi As-sahabi katanya, "Rasulullah s.a.w pada suatu ketika, duduk di situ ada seorang lelaki makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap sahaja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yag tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: ' Bismillahi awwalahu wa akhirahu.'

Kemudian Rasulullah s.a.w ketawa lalu berbabda: " Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia teringat untuk mengucakpan nama Allah (iaitu setelah membaca Bismillah),bmaka syaitan tadi memuntahkan semula makanan yang telah ada dalam perutnya. (HR Abu Daud: 3770)

Seorang sahabat Sa'ad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah s.a.w agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasululluah s.a.w bersabda, "Wahai Sa'ad, makanlah makanan baik lagi halal, tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya."

Sesungguhna seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yan haram ke dalam perutnya, maka tidak dimakbulkan doanya selama 40 hari. "Sesiapa sahaja yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram maka neraka layak untuknya". (HR at-Tabrani: 6495).


2. Makan dengan tangan kanan

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli sains telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim mampu mempercepatkan proses penghadaman).


3. Memakan buah-buahan terlebih dahulu. 

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.


4. Memakan buah-buahan lain seperti tembikai. 

"Rasulullah s.a.w memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah."
(HR at-Tirmizi: 1843) 

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbitasin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan pembuangan air kencing dan merawat masalah ginjal.



5. Menjamah secubit garam sebelum makan dan ambil secolek lagi dengan jari manis setelah makan. 

Ini kerana garam mampu meneutralkan makanan yang kita makan dan mampu menolak 70 macam penyakit.


6. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk
 
Rasulullah s.a.w duduk dalam posisi 'mutawarikan' iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit, atau seperti duduk tahiyat awal. 

Pada satu ketika Rasululah s.a.w telah dihadiahkan seekor kambing yang telah dimasak. Maka baginda turun makan secara berlutut. Tiba-tiba bertanya seorang Arab desa kepada baginda. "Duduk apakah ini?" Maka Rasulullah s.a.w menjawab, "Sesungguhnya Allah telah menjadikan saya seorang hamba yang pemurah, dan Allah tidak menjadikan saya seorang yang tidak kenal belas kasihan lagi keras kepala (derhaka)." (HR Abu Daud:3775)


7. Meminum susu. 

" Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah yakni susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya. An-Nahl:66) 

Amalan meminum susu merupakan salah satu sunnah Nabi s.a.w. Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini.
"Daripada Ibnu Abbas r.a. yang bermaksud, ia melihat Rasulullah s.a.w bekumur setelah meminum susu." (HR Ibnu Hibban: 1158) 

Daripada Anas r.a yang bermaksud, "Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah s.a.w segaa jenis minuman: air, anggur, madu dan susu." (HR Muslim: 5355) 

Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi, penting untuk membina tisu badan serta pembentukan antibody melawan penyakit.



8. Tidak minum susu sewaktu memakan daging, ayam ataupun ikan. 

Seperti yang kita tahu, daging atau ayam memang kaya dengan protin dan begitu juga susu. Proses penghadaman kita akan terpaksa bekerja lebih keras untuk menguraikan protin yang banyak didalam pemakanan kita. Sekiranya susu tidak dapat diproses atau terpaksa menunggu lama,hal ini akan menyebabkan susu menjadi tapai dan bertoksik untuk badan kita.


9. Tidak makan ikan bersama daging. 

Para saintis telah membuat kajian, makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan berlaku tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh dan boleh menyebabkan perut dan usus menjadi rosak. Wallahu a'lam.


10. Tidak meminum susu bersama cuka ataupun buah.
 
Kita sendiri sedia maklum cuka dan buah mengandungi asid. Protin didalam susu akan bertindak balas dengan asid didalam buah . Pemejalan akan berlaku dan menyebabkan penyerapan protin susu terhalang. Kita perlu mengelakkan meminum susu sekurang-kurangnya sejam setelah mengambil cuka atau buah berasid yang lain.


11. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat. 

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser


12. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. 

Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.


13. Buah tamar (kurma) 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:" Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua Tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapt memudaratkannya sampai petang." (HR Muslm, no. 3813)
"Sesiapa yang makan tujuh butir kurma ajwa di waktu pagi, pada hari itu dia tidak akan terkena racun walaupun sihir." (HR al-Bukhari: 5769& Muslim:2047)


14. Pengambilan madu.

Firman Allah dalam surah an-Nahl, ayat 68- 69 yang bermaksud, 
"Kemudian makanlah daripada stiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Madu dari sudut saintifik mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potassium, sulphur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang composisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. 



15. Tidak meniup air yang panas atau bernafas di dalam bekas minuman.

Daripada Abu Qatadah r.a. , Nabi s.a.w melarang bernafas di dalam bekas minuman." (HR al-Bukhari: 153)

Ibnu Abbas r.a menyatakan. "Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya." (HR at-Tirmizi:188)

Menurut kajian, apabila kita minum dan kemudian bernafas (menghembus) di dalam gelas, secara tidak langsung, kita akan membebaskan karbon dioksida (CO2), yang mana apabila bercampur dengan air (H2O), akan membentuk asid lemah (H2CO3). Yang mana lama kelamaan boleh menghakis perut.


16. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Perkara yang paling penting adalah menghindar isrof, atau membazir ketika makan, cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Bersabda Rasulullah s.a.w, " Cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, walaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (Ibnu Majah: 2349).


17. Makan berjemaah bersama keluarga atau sahabat.

Rasululluh s.a.w gemar makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat baginda. Ini secara langsung mewujudkan kemesraan dan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan pembaziran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Berkumpullah kamu semua dalam menjamah makanan (bersama-sama). Bacalah bismillah kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kamu semua." (HR Abu Daud: 3766)


18. Elakkan kekenyangan sebelum tidur 

Dari segi kesihatan adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.


19. Makanan yang di larang 

Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun. 



20. Berpuasa

Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

Sekian..semoga bermanfaat...



Sunday, January 1, 2017

Cara Pengambilan G-Star

Entri #7: Cara Pengambilan
Agen: Noor Azila Khalid
Foto: G-star Hq





Cara pengambilan G-Star untuk kesan yang lebih baik✨

 
👍 Baby umur 1 Tahun ke bawah.

( jika baby, mesti dah pandai makan gula-gula. Atau boleh hancurkan dan campur di dalam susu).
Baby umur 1 Tahun ke bawah memadai 0.5 atau 1 biji 1x sehari sahaja).


👍 Umur 2-4 Tahun.

2 minggu pertama :: Makan 1 biji pagi dan 1 biji malam.
Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1x sahaja waktu pagi. Sebelum atau selepas breakfast. Sebaiknya selepas breakfast.


👍 Umur 5-11 Tahun.

2 minggu pertama :: Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam.
Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1x sahaja waktu pagi sebelum pergi sekolah. Boleh ambil sebelum atau selepas breakfast. Sebaiknya selepas breakfast.


👍 Umur 12 Tahun ( UPSR ).

Untuk 2 minggu pertama :: Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam.
Selepas 2 minggu berikutnya 3 biji setiap pagi sebelum pergi sekolah. (1x sahaja). Boleh ambil sebelum atau selepas breakfast. Sebaiknya selepas breakfast.


👍 Umur 13 Tahun ke atas.

Boleh ambil 2 biji pagi dan malam atau 3 biji sehari.


👍Ibu-ibu yang mengandung


2 biji pagi dan 2 biji malam.
Sangat bagus untuk perkembangan otak bayi.


Note: Tiada kesan sampingan jika ambil lebih. Ini hanyalah makanan tambahan sahaja. 

Ada lebih 15 bahan makanan sunnah dan moden khas diformulasikan untuk meningkatkan tahap kecerdasan anak anda di tahap potensi yang paling optimum . Pertama di Malaysia dan bahan-bahan baru yang belum ada di dalam kandungan produk minda yang lain.

Jika ada anak yang ambil peperiksaan seperti UPSR , PT3 atau SPM boleh ambil 2x sehari.

InsyaAllah. Bertawakkal dan Berusaha. 😊

Beza biokare

Biokare
70% untuk sistem imuniti badan
30% IQ

Gstar kids dan vteen
30% sistem imuniti badan
70% IQ
 
Hubungi kami:
Noor Azila 
Sms/Whatsapp - 010-8659086 Email - pn.noorazila@gmail.com