Sunday, January 22, 2017

Parenting...

Entri #18 : Jom bermula, masih belum terlambat..
Teks: Noor Azila Khalid
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semangat untuk mendidik anak di rumah ( homeshooling ), semakin berkobar-kobar. Tiba-tiba hari ini ibu macam tersedar...kenapa Allah jadikan pasangan suami isteri sebagai pemegang amanah untuk mendidik dan membentuk insan yang ibarat kain putih. Sebab tanggungjawab ini tak mampu dipikul oleh hanya seorang insan. Rupanya, berat tanggungjawab ni...perlu ilmu dan kekuatan mental.

Kenapa perlunya pasangan? Tanggungjawab suami, mencari nafkah untuk keluarga dan isteri menjaga serta membimbing anak-anak. Tapi hari ini, kerana desakan hidup atau mungkin faktor lain, ramai ibu bapa yang mengutamakan kerjaya daripada mendidik anak-anak. Anak-anak di hantar kepada orang lain untuk didik. Ramai juga terlepas pandang, kenapa perlunya ibu bapa sendiri yang mendidik anak-anak. 

Ibu sendiri bukanlah insan yang sempurna. In shaa Allah, doakan semoga ibu mampu mencari sebanyak mungkin ilmu untuk mendidik amanah Allah ini. " Ya Allah, besar kepercayaanMu, bagi aku umah Muhammad untuk ku bimbing, walaupun iman ku sendiri belum sempurna. Kau berilah kekuatan dan jalan terbaik untuk ku bimbing mereka ke jalanMu."...

Hari ni, sempat lepak dengan Adam kat kedai buku, sementara ayah bawa yang lain shopping baju. 
Dapat ibu cari buku ni... 
 
 

Nanti dah abis baca, ibu kongsikan ye...

Ehhh..lupa pulak..ok tak logo baru tu.. 

Oklah..nanti-nanti kita sambung lagi ye.

Sekian...



Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila) 
 



No comments:

Post a Comment