Wednesday, January 25, 2017

DOA AGAR ANAK PANDAI BELAJAR

Entri #27: Doa 3
Foto: Noor Azila Khalid




Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila)
 
 
 

Tuesday, January 24, 2017

Kunyah-kunyah je..

Entri #26 : Kunyah-kunyah je...
Agen: Noor Azila Khalid 
Foto: G-Star HQ

 


๐ŸŽ€๐ŸŽ€PERTAMA DI MALAYSIA!!!๐ŸŽ€๐ŸŽ€

DENGAN LEBIH 15 BAHAN SUNNAH DAN MODEN BERBENTUK TABLET YANG SEDAP DIKUNYAH...HANYA UNTUK ANAK ANDA!!!๐Ÿ’•๐Ÿ’•


ADAKAH ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH BERIKUT???

1⃣ Lembap/ Slow learner/ susah faham/ susah mengingati atau menghafal

2⃣ Anak yang nakal @ hiperaktif

3⃣ Tidak fokus dan cepat jemu di dalam kelas

4⃣ Cepat letih terutama lepas balik sekolah.

5⃣ Kerap selsema batuk dan demam

6⃣ Tiada keyakinan diri

7⃣. Susah bangun pagi

8⃣ Liat ke sekolah dan selalu menangis nak ke sekolah

9⃣ Liat solat

1⃣0⃣ Masalah usus

1⃣1⃣. Dylexia

 
PIHAK KAMI AKAN MENANGGUNG KOS PENGHANTARAN 100%.


Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila)



Susu Kambing Plus Stevia R-Rayyan

Entri #25: Susu Kambing R-Rayyan
Agen: Noor Azila Khalid
Foto: G-star HQ



SUSU KAMBING PLUS STEVIA R-RAYYAN

DIGABUNGKAN DENGAN 7 MAKANAN SUNNAH & IQ BOOSTER

‪#‎Madu  ‬ ‪#‎Kurma‬   ‪#‎Delima‬   ‪#‎Kismis‬
‪#‎Brokoli‬   ‪#‎Badam‬  ‪#‎Aprikot‬   ‪#‎Gingko‬



UNTUK ANAK KEKAL SUPER SEPANJANG HARI


Sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas

KENAPA anak perlu minum Susu Kambing R-Rayyan ??
 

+ Capai Impian Anak cemerlang dalam akedemik
  • Susu R-Rayyan ada bahan-bahan IQ Booster.
  • Estrak kismis meningkatkan kosentrasi,
  • Menajamkan memori dan kordinasi baik antara tangan dan mata.
  • Estrak kurma menguatkan memori anak.
  • Bantu anak tersayang demi masa depan mereka.

+ Capai Impian Anak Sihat & bertenaga
  • Khasiat kurma dan madu menjadikan anak lebih bertenaga.
  • Mari kita pastikan anak kita ke sekolah dengan penuh bertenaga.

+Anak Tidak Sembelit lagi
  • Serat di dalam kurma dan kismis dapat membantu proses pencernaan.
  • Anak-anak kita tidak lagi perlu menahan sakit sembelit semasa membuang air besar.

+ Penawar Batuk & athma
  • Delima membantu mengatasi batuk dan athma.

+ Anak mempunyai antibodi yang kuat
  • Brokoli (super food) adalah anti-kansel yang baik (mengandungi fitokimia).
  • Membantu menguatkan tulang dan gigi anak-anak.
  • Madu juga membantu meningkatkan sistem kekebalan badan.
  • Pastikan anak kita mempunyai metabolisma tubuh yang kuat.

Kelebihan Stevia

Stevia di dalam susu R-Rayyan adalah pengganti gula.

Susu R-Rayyan kekal terbaik tanpa gula.

+ 100% tidak hamis

+ 100% tidak panas

+ 100% sedap

+ 2 perasa enak iaitu coklat dan vanilla

+ Produk 100% muslim


Bantulah anak-anak kita yang sedang membesar.

Ingat!! Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita,

maka jagalah amanah ini sebaik mungkin.

Harga??? Beli LEBIH untuk penjimatan





Hubungi kami:
Noor Azila Khalid
Email - pn.noorazila@gmail.com 
Sms/Whatsapp - 010-8659086 /0192989202
 
 
 

10 Sebab Kenapa Perlu Pilih G-star.

Entri #24 :10 sebab Kenapa anda perlu pilih G-Star untuk anak tersayang??? 
Agen: Noor Azila Khalid
Foto: G-Star HQ

1. Kuantiti yang banyak.
- i) Perasa Buah-Buahan.
- ii) Perasa Coklat
Ada 50 biji dalam 1 botol.

2. Ada lebih 15 bahan terpilih dan terbaik dunia dan bahan sunnah khas untuk perkembangan minda anak tersayang.

3. Berbentuk tablet dengan rasa yang sedap dan disukai kanak2. Ibu dan ayah tak perlu suapkan sebab anak boleh ambil dan makan sendiri. Hanya perlu kunyah supaya khasiat dan vitamin diserap pada kadar maksimum.

4. Tiada pantang larang dan tidak punyai side-effect.

5. Terbukti berkesan dengan testimoni terkini.
☆ Anak jadi pintar IQ dan EQ - http://gstarkidsgenius.blogspot.my/2017/01/iq-dan-eq-yang-mana-lebih-diperlukan.html
☆ Anak jadi kanak-kanak yang ceria.
☆ Anak jadi aktif dan progresif
☆ Tulang dan tubuh menjadi kuat.
☆ Daya tahan penyakit meningkat.

6. Approved KKM (Rujukan 101114/10/038)
(Tiada bahan terlarang serta Menepati etika
pengilangan).

7. 100% Muslim Produk Halalan Toiyyiba.

8. i) Rasa buah-buahan yang sedap oren , strawberi dan blueberi.
ii) Rasa Koko yang lazat (baru).

9. Sesuai di makan semua golongan masyarakat (kanak-kanak mahupun dewasa).

Utk Perasa Coklat sangat sesuai jika anak2 punya Alahan, Selsema dan Resdung.

10. Pos PERCUMA Malaysia sahaja dan harga yang sama ke seluruh Malaysia.

 

G-STAR BERFUNGSI :

✔1.Sebagai AGEN PENGGALAK untuk meningkatkan keCERDASan dan kePINTARan MINDA anak anda ke tahap potensi yang paling optimum.

✔2. Meningkatkan imunisasi badan anak anda supaya kekal CERGAS dan SIHAT sepanjang hari.


INSYAALLAH DENGAN G-STAR KIDS, KAMI DAPAT MEMBANTU ANAK ANDA




Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila)



PERKEMBANGAN BAYI DARI LAHIR HINGGA 2 TAHUN


Entri #23: Perkembangan kanak-kanak.
Perkembangan anak-anak mungkin berbeza-beza, mungkin ini hanya sebagai panduan untuk ibu-ibu pantau perkembangan anak-anak. Boleh klik di link asal untuk lebih detail, saya simpan di sini sebagai panduan untuk yang bongsu.


Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:

0 hingga 3 bulan
 
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya. 


3 hingga 6 bulan
 
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.

Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik. 


6 hingga 9 bulan
 
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.

Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.
 

9 hingga 12 bulan
 
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 


12 hingga 24 bulan
 
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.

Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda. 


Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif.


1. Perkembangan Fizikal
 
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.

Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka. 


2. Perkembangan Bahasa
 
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.

Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.” 


3. Perkembangan Kognitif
 
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.

Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut. 


4. Perkembangan Sosial Emosi
 
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur. 


5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti 
 
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.

Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

DOA BAGI DIRI DAN ANAK, AGAR RAJIN SOLAT

Entri #22: Doa 2
Foto: Noor Azila Khalid




Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila) 



DOA PERLINDUNGAN UNTUK ANAK-ANAK

Entri #21: Doa 1
Foto: Noor Azila Khalid

 



Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila) 



Monday, January 23, 2017

Mengharungi Autisme

Entri #20 : Autisme ( Bahagian 2 )


Sebagai ibu bapa, sebaik sahaja anda melepasi reaksi awal, tiba masanya untuk maju ke hadapan dan mencari tempat untuk mendapatkan bantuan. Terdapat banyak badan bukan kerajaan, forum, institusi dan persatuan yang boleh membantu ibu bapa kanak-kanak autistik.

Fokus utama mana-mana pertubuhan lazimnya adalah untuk:

  • membimbing ibu bapa agar mereka boleh memberi penjagaan sewajarnya dan memupuk perkembangan anak mereka.
  • mendidik kanak-kanak autistik untuk menjadi ahli yang menyumbang kepada masyarakat.
  • mewujudkan kesedaran awam tentang autisme dan cabaran yang dihadapi oleh individu-individu autistik dan keluarga mereka.

Apabila meneliti pertubuhan-pertubuhan tersebut, adalah penting untuk anda menyedari bahawa anak anda masih mempunyai harapan. Semua kanak-kanak adalah istimewa, unik dengan cara mereka tersendiri, tetapi semuanya tetap memerlukan kasih sayang ibu bapa, perlindungan, bimbingan dan juga kemesraan. Mereka yang menguruskan pertubuhan, program dan institusi tersebut menyedari hakikat ini dan bersedia untuk tampil ke hadapan bagi membantu, membimbing dan menyokong anda dan anak anda.
Awam

Kerajaan persekutuan, melalui Program PERMATA, telah menubuhkan PERMATA Kurnia (www.programpermata.my/kurnia), sebuah program yang menyediakan khidmat bantuan profesional dan rawatan bagi kanak-kanak autistik dan keluarga mereka. Pusat PERMATA Kurnia di Kuala Lumpur telah beroperasi sejak tahun 2015 dan pusat-pusat yang sama sedang dirancang di seluruh negara. Berikutan kejayaan program PERMATA, satu dasar sedang digubal untuk menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan yang saksama, serta memperbaiki infrastruktur bagi kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran.

Kementerian Pembanguanan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga berkolaborasi dengan program PERMATA melalui jabatan-jabatannya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Keluarga anak-anak autistik yang berdaftar dengan JKM juga menerima bantuan kewangan dan bantuan lain yang relevan.

Di peringkat negeri, sebagai contoh, Selangor dalam pengumuman belanjawan 2016nya, akan tidak lama lagi melancarkan program DIDIK Smart Selangor. Program ini dijangka menjadi pusat serenti bagi rawatan autisme, khusus untuk kanak-kanak autistik daripada keluarga berpendapatan rendah.

Universiti-universiti tempatan juga memainkan peranan strategik dalam pembangunan kanak-kanak autistik melalui pendidikan, penyelidikan dan latihan seperti Hub Sumber Pendidikan dan Latihan Autisme (A-HEART) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) [email: aheart@unimap.edu.my, Facebook: A-heart Universiti Malaysia Perlis, atau telefon: 04-986 5401/5410/5402] dan Makmal Pembelajaran Austisme UKM [email: dfpend@ukm.edu.my, laman sesawang: http://www.ukm.my/fpendidikan/ atau telefon: 03-8921 6237].


 

Bukan Kerajaan, Bukan Untuk Keuntungan

Pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM – www.nasom.org.my) dan organisasi kebajikan bukan kerajaan, tanpa untung, menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak istimewa melalui pelbagai program. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut memberi penekanan kepada perolehan kemahiran dan perubahan tingkah laku. Objektifnya adalah untuk membantu kanak-kanak autistik hidup dan bekerja dengan lebih cekap di rumah, sekolah dan di dalam komuniti dengan meningkatkan kemahiran pembelajaran, sosial dan bahasa. 


Pusat Autisme IDEAS

Pusat Autisme Hua Ming
  •  Laman sesawang: www.autism.org.my
  •  Email: hmas@autism.org.my
  •  Telefon: 03-7770 2080
Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan
MyHELP – Yayasan
  •  Laman sesawang: www.myhelp.ngo
  •  Email: info@myhelp.ngo
  •  Telefon: 06-981 1762
Akademi Remaja Islam Autisme – Yayasan
  •  Facebook: Arisma – Akademi Remaja Islam Autisma
  •  Telefon: 03-4161 0674
Persatuan Sumber dan Pendidikan bagi Kanak-Kanak Autistik

Kumpulan Sokongan

Kebanyakan kumpulan sokongan mempunyai objektif yang sama dan berusaha untuk:

  • menyokong dan memberi maklumat kepada keluarga yang terlibat,
  • meningkatkan kesedaran mengenai intervensi dan rawatan,
  • menggalakkan ibu bapa membuat pilihan rawatan berasaskan pengetahuan dan,
  • menggalakkan rangkaian dengan profesional dan keluarga yang terlibat.

Kelab Anak-anak Autisme
  •  Facebook: Kelab Anak Autisme
Persatuan Autisme Muslim Malaysia
Sumber Ibu Bapa bagi Autisme Malaysia (Parent’s Resource for Autism Malaysia)
  •  Laman sesawang: www.pr4a.org.my
  •  Facebook: Parents’ Resource for Autism Malaysia
  •  Telefon: 03-7971 1121

Syarikat-Syarikat

Pusat-pusat penjagaan swasta juga menyediakan perkhidmatan yang sama seperti yang disediakan kerajaan. Ini kerana, dalam sesetengah keadaan, pusat rawatan adalah terlalu jauh dari rumah atau senarai menunggu untuk mendaftar anak ke pusat tajaan kerajaan adalah terlalu panjang dan keluarga tidak mampu untuk menunggu.

Senarai tersebut tidak lengkap dan terdapat banyak lagi organisasi di luar sana yang komited untuk membantu dan menyokong kanak-kanak autistik dan keluarga mereka. Dari perkhidmatan kerajaan yang percuma sehingga ke terapi tingkah laku di rumah serta program berasaskan sekolah, dengan rancangan rawatan yang betul, dan limpahan kasih sayang dan sokongan, anak anda pasti boleh belajar, membesar, dan hidup sihat.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.



Autisme

Entri #19 : Autisme ( Bahagian 1 )

* Info ini untuk rujukan sendiri, untuk sumber asal boleh rujuk link di atas. :)


Autisme, juga dikenali sebagai kecelaruan spektrum autisme (autism spectrum disorder) atau ASD , bercirikan masalah komunikasi dan interaksi sosial yang berterusan, dengan tingkah laku yang berulang dan minat atau aktiviti yang terbatas.

Ia dipanggil ‘spektrum’ kerana mereka yang menghidapinya mempunyai masalah/cabaran yang bermula dari tahap ringan hingga teruk, dengan tahap keupayaan dan/atau ketidakupayaan berbeza. Oleh sebab itu, setiap penghidap adalah unik dan memerlukan sokongan yang berbeza.

Cabaran Tingkah Laku Penghidap ASD

Apakah tingkah laku yang membezakan seorang penghidap ASD dengan rakan sebayanya? Terdapat perbezaan mengikut keterukan autisme seseorang dan umurnya, namun terdapat beberapa isu utama yang lazim di kalangan penghidap ASD.

Cabaran Tingkah Laku ASD yang Lazim

Masalah sosial & komunikasi


Perkembangannya tidak mengikut umur biasa, ada kelakuan mereka yang mungkin dianggap tidak sesuai dari segi sosial atau tampak ganjil.


Obsesi, tingkah laku berulang dan minat yang terbatas

Ingin melakukan perkara yang sama berulang-ulang dan tidak selesa dengan perubahan.


Mood yang tidak stabil


Gementar dan membuat perangai walaupun untuk perkara yang tidak penting atau terjadi secara spontan tanpa sebarang punca.


Masalah deria

Input deria yang terlalu sensitif seperti bunyi bising yang lazim (contohnya penyedut habuk) atau hiposensitif – contohnya tiada tindak balas walaupun kepada bunyi bising yang menakutkan seperti bunyi anjing menyalak dengan dekat.


Aktiviti harian


Kombinasi kekurangan kemahiran motor dan/atau ketidakupayaan kognitif (mental) boleh menyebabkan aktiviti harian(seperti memakai baju, makan) menjadi susah.


Masalah tidur

Gangguan ritma sirkadian dan penghasilan melatonin boleh menyebabkan masalah tidur dan juga sensitif kepada cahaya dan suhu.


Masalah psikiatri

Gangguan kurang tumpuan atau Attention deficit hypersensitivity disorder (ADHD), dll yang mungkin berlaku di samping austime.

 
Punca

Para saintis masih belum jelas tentang punca ketidakupayaan ini. Kemungkinan besar, puncanya adalah pelbagai dan terdiri daripada gabungan beberapa faktor yang berbeza (iaitu masalah semasa hamil, genetik atau persekitaran).

Berikut adalah beberapa tanggapan yang salah mengenai punca ASD, yang tidak mempunyai bukti yang cukup atau TIDAK benar:

Vaksin campak, beguk & rubella (MMR)

Suasana pengasuhan atau sosial seseorang

Diet, seperti pengambilan gluten atau produk tenusu

Prevalen

Tiada kajian tempatan tentang prevalen ASD di Malaysia. Banyak kajian, termasuk di Asia, menunjukkan bahawa anggaran prevalennya ialah sekitar 1 peratus (1 dalam 100).


Apakah MCHAT?

Ia merupakan kaedah saringan bagi autisme dan terdiri daripada 23 soalan yang dijawab oleh ibu bapa bagi kanak-kanak berusia 16 hingga 30 bulan. Ujian ini menentukan sama ada penilaian yang lebih teliti bagi tanda-tanda ASD atau kelewatan perkembangan diperlukan.

Sekiranya anak anda didapati positif bagi ASD ketika disaring, itu tidak bermakna anak anda akan didiagnos dengan kecelaruan tersebut. Walau bagaimananpun, sekiranya doktor mensyaki ASD, penilaian yang sempurna dan ujian susulan akan dilakukan.

 
Simptom-Simptom

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sesetengah kanak-kanak yang menghidap ASD mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom dalam tahun pertama kehidupannya. Namun begitu, dapatkan nasihat doktor sekiranya anak anda menunjukkan sebarang tanda amaran.


Tingkah Laku Amaran

  • Tidak mengagah menjelang usia 12 bulan
  • Tidak menunjukkan gerak isyarat (menunjuk dengan jari, melambai, memegang) menjelang usia 12 bulan
  • Tidak bertutur perkataan satu ungkapan menjelang usia 16 bulan.

  • Tidak bertutur perkataan 2 ungkapan menjelang umur 24 bulan.
  • Kehilangan sebarang kemahiran berbahasa pada mana-mana peringkat umur. 
Rawatan

Intervensi tingkah laku awal melibatkan bantuan dari seluruh ahli keluarga dan bekerja rapat dengan kumpulan profesional. Ini mungkin tidak dapat dilakukan oleh semua keluarga kerana ia memerlukan komitmen dari segi praktikal, emosi dan kewangan.

Selain itu, terdapat banyak jenis intervensi, rawatan dan terapi untuk autisme yang boleh dipertimbangkan. Mana-mana jenis intervensi harus fokus untuk memperkembangkan:

  • Kemahiran komunikasi, sosial dan interaksi

  • Kemahiran bermain olok-olok, kemahiran motor dan mobiliti

  • Kemahiran kognitif dan akademik

  • Kerja-kerja harian (contohnya latihan ke tandas, makan)

Memandangkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami ASD memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong dan meningkatkan kemahiran anak mereka, penting juga bagi mereka mendapat pendidikan dan latihan dalam cara berkomunikasi dengan anak mereka secara berkesan (contohnya, memanggil nama mereka, menggunakan bahasa yang mudah dan sertakan kata-kata dengan isyarat badan).

Berhubung dengan pertubuhan bukan kerajaan, ibu bapa, individu atau kumpulan sokongan ASD yang lain boleh membantu ibu bapa mendapat lebih banyak maklumat tentang ASD, nasihat tentang rawatan dan isu-isu yang berkaitan. Kumpulan-kumpulan tersebut juga dapat memberi ibu bapa sokongan emosi yang sangat diperlukan. Rakan saya, Datuk Dr Zulkifli, akan menjelaskan dengan lebih lanjut di mana anda boleh mendapatkan bantuan, oleh itu pastikan anda terus bersama kami. Baca di sini: Mengharungi Autisme: Membantu Keluarga Kanak-kanak Autistik.

 
Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Sunday, January 22, 2017

Parenting...

Entri #18 : Jom bermula, masih belum terlambat..
Teks: Noor Azila Khalid
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semangat untuk mendidik anak di rumah ( homeshooling ), semakin berkobar-kobar. Tiba-tiba hari ini ibu macam tersedar...kenapa Allah jadikan pasangan suami isteri sebagai pemegang amanah untuk mendidik dan membentuk insan yang ibarat kain putih. Sebab tanggungjawab ini tak mampu dipikul oleh hanya seorang insan. Rupanya, berat tanggungjawab ni...perlu ilmu dan kekuatan mental.

Kenapa perlunya pasangan? Tanggungjawab suami, mencari nafkah untuk keluarga dan isteri menjaga serta membimbing anak-anak. Tapi hari ini, kerana desakan hidup atau mungkin faktor lain, ramai ibu bapa yang mengutamakan kerjaya daripada mendidik anak-anak. Anak-anak di hantar kepada orang lain untuk didik. Ramai juga terlepas pandang, kenapa perlunya ibu bapa sendiri yang mendidik anak-anak. 

Ibu sendiri bukanlah insan yang sempurna. In shaa Allah, doakan semoga ibu mampu mencari sebanyak mungkin ilmu untuk mendidik amanah Allah ini. " Ya Allah, besar kepercayaanMu, bagi aku umah Muhammad untuk ku bimbing, walaupun iman ku sendiri belum sempurna. Kau berilah kekuatan dan jalan terbaik untuk ku bimbing mereka ke jalanMu."...

Hari ni, sempat lepak dengan Adam kat kedai buku, sementara ayah bawa yang lain shopping baju. 
Dapat ibu cari buku ni... 
 
 

Nanti dah abis baca, ibu kongsikan ye...

Ehhh..lupa pulak..ok tak logo baru tu.. 

Oklah..nanti-nanti kita sambung lagi ye.

Sekian...



Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila) 
 



Saturday, January 21, 2017

BAHAN-BAHAN DALAM G-STAR.

Entri #17: Bahan-bahan terbaik..
Agen: Noor Azila Khalid
Mari kita lihat pula dengan lebih spesifik, apakah bahan-bahan yang terdapat di dalam formulasi supplemen GENIUS STAR KIDS Fast learning Formula: 

Safron – Antara Sejenis pokok herba termahal di dunia dari Loridacces. Kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). Khasiat utama safron @ Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak anak anda dan menguatkan ingatan mereka. 


Lubanah – Luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubรกn. Amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda anak anda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan. 

Omega 3, 6 & 9 – Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak.Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan anak anda. 

Kismis – Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot. Khasiat kismis antaranya ialah menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, memutuskan balgham, membersihkan hati & mencerahkan mata anak-anak dan tidak cepat mengantuk didalam kelas.

Ginkgo Biloba – Ginkgo Biloba menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terbatas kepada golongan kanak-kanak menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko biloba. 

Tiger Nuts Milk – Ia dikenali juga dengan nama mustakim atau nama botaninya Cyperus rotundus. Berguna dalam cirit-birit (termasuk cirit-birit pada kanak-kanak dan penyakit dalam tempoh tumbuh gigi), senak, disentri kronik dan demam. Bertindak mengharmonikan hati, limpa, dan pankreas.Amat penting untuk anak anda cepat membina sel-sel penting dalam tubuh dan otak. 

Pegaga – Kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Sangat berkesan dalam meningkatkan daya hafalan anak-anak. 

Garam bukit – Garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. Sangat baik untuk sempurnakan permintaan mineral di dalam tubuh kanak-kanak dan merangsang otak. 

Delima – Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.Sangat membantu melengkap vitamin keperluan otak. 

Bali – Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli bertanggungjawab meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Mengandungi antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Membantu anak anda untuk tenang dan relaks ketika belajar. 

Kurma – Kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula sangat tinggi, 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak 0.4% sahaja.Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. Sangat membantu dalam membentuk tenaga yang diperlukan anak ketika di sekolah. 

Badam – Badam mengandungi vitamin E, lemak tak tepu, magnesium dan antioksidan yang membantu meningkatkan aliran darah. Amalan memakan badam membantu organ hati. Sangat membantu membersihkan toksik yang menyebabkan anak anda cepat penat dan tak bermaya. 

Susu Kambing – Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit.Sangat membantu memberikan tenaga aktif kepada anak anda dalam aktiviti pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal. 

Premix Vitamin – Memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik kanak-kanak. 

Citicholine – Dapat memperbaiki fungsi kognitif dengan meningkatkan kadar Choline. Choline berperanan penting didalam tubuh, terutama bagi perkembangan fungsi otak.Hal tersebut berkaitan dengan peranan Choline sebagai komponen asetikolin yang berfungsi sebagai penghantar signal saraf. Choline yang cukup akan membantu kerja isyarat saraf pada otak anak anda. 

Asid Amino – Asid amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Asid amino menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel kanak-kanak. 

Bacopa Monnieri – Mengandungi minyak, lemak, resin, alkaloid, tanin, asam organik, saponine dan lain-lain lagi. Digunakan untuk perubatan penyakit yang melibatkan sistem pernafasan, seperti seperti bronkitis, asma dan serangan bradikardia, dan sembelit pada umumnya. Digunakan untuk meningkatkan fokus mental dan meningkatkan memori.
Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
https://www.facebook.com/anaksihatgenius/
Sms / Whatsapp: 010-8659086/019-2989202 (azila)